Baru! Kelas Bina Website Bisnes
Adakah selama ini anda ingin belajar cara membina website untuk bisnes atau blog anda? Akademi SistemNiaga kini menganjurkan kelas membina website untuk anda yang berminat. Kelas kami di adakan sepanjang tahun pada tarikh tertentu sahaja. Kelas ini terbuka kepada semua orang termasuk kepada mereka tidak pernah membuat website langsung.
Semua kelas akan berteraskan platform CMS WordPress (WP). Ini kerana WP menguasai 28% website di seluruh dunia. Ia juga mudah dipelajari oleh sesiapa saja.
Jika anda tidak tahu langsung (zero) mengenai WP, kelas Beginner kami amat sesuai untuk anda menguasai asas pembangunan web dengan WP.
Untuk yang sudah mempunyai basic WP, kelas Advanced ialah added value atau nilai tambahan kepada anda.
Ya, anda boleh mencari pelbagai ilmu dengan percuma di YouTube. Kelas kami akan membantu anda belajar dengan lebih pantas
Anda bukan setakat diajar membina projek website sahaja, tapi kami akan ajar bagaimana projek website ini terus "live" di Internet dan boleh diakses terus di Internet!
Kelas kami lebih dari sekadar bengkel membina website. Anda juga berpeluang belajar mengendalikan panel web hosting, memulakan bisnes online dengan website dan menerima bayaran.
Saya ni dah lama nak belajar buat website, tapi saya malas nak baca atau dengar tutorial di Internet, sebab bosan. Kelas praktikal macam ni la best, kita boleh bertanya direct kepada pengajar dan terus buat apa yang diajar. InsyaAllah saya akan join pula kelas untuk Bisnes nanti!
ANUAR // Pereka Grafik
Paling menarik bagi saya kelas ini ialah, pengajar bukan je mengajar cara buat website, tapi juga mengajar jadikan website yang kita buat itu terus "live" di Internet! Berbanding dengan bengkel lain, bila dah berjaya hasilkan website, ok sampai situ je. Balik rumah saya dah blank macamana nak tengok website tu di Internet. Tapi kelas ini, habis kelas je website saya dah "live"!
DIANA // Peniaga Online
Kelas oleh SistemNiaga ini bukan terhenti bila dah habis kelas saja. Semua pelajar automatik menjadi alumni akademi dan akan menjadi ahli "group khas" untuk kami bertanya soalan. Selain itu, terdapat juga pakej kelas Bisnes yang sangat menarik untuk semua peniaga dan pemilik produk.
KHAIRUL RIDZWAN // Peniaga Sepenuh Masa
Berikut merupakan kelas-kelas Akademi SistemNiaga yang ada buat masa ini.
KELAS AKAN DATANG:
• Basic Facebook Marketing
• Asas Email Marketing
• What's Next After Website?
• Website Analytics: Kepentingan Data Website
Copyright 2017, Akademi SistemNiaga
Disclaimer